Sriwijaya Air: Misi kesan perakam suara kokpit bersambung

Agensi
Januari 15, 2021 10:45 MYT
Penyelam Tentera Laut di Indonesia meneruskan pencarian perakam suara kokpit pesawat Sriwijaya Air di dasar laut utara Jakarta, pada Jumaat. - Gambar fail/REUTERS/Willy Kurniawan
INDONESIA: Penyelam Tentera Laut di Indonesia menyambung semula operasi pencarian perakam suara kokpit pesawat Sriwijaya Air di dasar laut utara Jakarta, pada Jumaat.
Sekumpulan penyelam dilihat mengambil video bangkai pesawat itu di dasar laut.
Mereka turut menemui banyak barangan lain daripada serpihan pesawat itu termasuk telefon bimbit.
Boeing 737-500 itu dilaporkan hilang daripada radar beberapa minit selepas berlepas dari Jakarta dengan 62 penumpang dan anak kapal, pada Sabtu lalu.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Nahas pesawat Sriwijaya Air Indonesia
BACA: Wanita kongsi lambaian terakhir
BACA: Pesawat lama terkandas punca nahas?
Kotak hitam yang mengandungi data penerbangan telah ditemui pada Selasa lalu.
Pencarian juga telah menemukan bahagian-bahagian pesawat dan cebisan mayat mangsa di Laut Jawa.
Sekurang-kurangnya 268 penyelam dikerahkan pada hari Khamis, hampir dua kali ganda daripada jumlah sebelumnya.
Nahas Sriwijaya Air | Jenazah pramugara selamat dikebumi
#Indonesia #Jakarta #Boeing #perakam suara kokpit #kotak hitam #Laut Jawa #nahas sriwijaya air
;