Sri Lanka: Sekolah dibuka semula selepas ditutup akibat kekurangan bahan api

Bernama
Julai 25, 2022 22:55 MYT
Sekolah juga tidak akan menjalankan peperiksaan pada akhir penggal pertama, dan pengetua telah diarah untuk melaksanakan penilaian alternatif. - Gambar hiasan/ FREEPIK
COLOMBO: Sri Lanka pada Isnin membuka semula sekolah awam milik kerajaan dan swasta, yang ditutup selama hampir sebulan akibat kekurangan bekalan bahan api, lapor Xinhua.
Bagaimanapun, sekolah hanya dibuka tiga hari seminggu - pada Isnin, Selasa dan Khamis - dan pelajar akan menjalani sesi pembelajaran secara dalam talian pada Rabu dan Jumaat.
Kementerian Pendidikan juga melanjutkan penggal pertama persekolahan sehingga 7 September ini.
Sekolah juga tidak akan menjalankan peperiksaan pada akhir penggal pertama, dan pengetua telah diarah untuk melaksanakan penilaian alternatif.
Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe telah mengarahkan pegawai bertanggungjawab untuk membekalkan bahan api kepada pengendali bas sekolah.
Terdapat hampir 40,000 kenderaan yang terlibat bagi mengangkut para pelajar ke sekolah.
--BERNAMA
#Sri Lanka #sekolah #krisis bahan api #krisis ekonomi
;