Sri Lanka: Sekatan COVID-19 untuk pelancong asing dimansuh
Bernama
Disember 7, 2022 16:41 MYT
Disember 7, 2022 16:41 MYT
COLOMBO: Kementerian Kesihatan Sri Lanka pada Rabu mendedahkan bahawa sekatan COVID-19 yang dikenakan terhadap pelancong yang tiba dari luar negara telah dibatalkan.
Kementerian dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa keperluan mempamerkan sijil vaksinasi COVID-19 oleh pelancong yang tiba dari luar negara telah dimansuhkan berkuat kuasa serta-merta, lapor Xinhua.
Selain itu, keputusan ujian negatif COVID-19 semasa ketibaan atau sebelum menaiki pesawat, termasuk tindak balas rantai polimerase (PCR) dan ujian antigen pantas (RAT) tidak lagi diperlukan.
Jika warga asing atau pelancong didapati positif COVID-19 selepas mendarat di Sri Lanka, mereka harus mengasingkan diri selama tujuh hari di hospital swasta, hotel atau tempat tinggal mereka dan kos rawatan atau pengasingan perlu ditanggung sendiri, menurut kementarian itu.
-- BERNAMA