Sri Lanka minta sokongan Indonesia untuk sertai RCEP
Bernama
Julai 13, 2023 21:39 MYT
Julai 13, 2023 21:39 MYT
NEW DELHI: Sri Lanka telah meminta sokongan Indonesia untuk menyertai blok perdagangan terbesar di dunia yang menyatukan ASEAN dan rakan dagang utamanya.
Menteri Luar Sri Lanka, Ali Sabry, bertemu dengan Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati, di Jakarta pada Khamis dan membincangkan kerjasama dua hala dalam pelbagai isu.
"Kami mengadakan perbincangan yang bermanfaat tentang cara mengharungi masa-masa yang mencabar dari segi ekonomi dan politik, saya juga meminta Indonesia menyokong permohonan Sri Lanka untuk menyertai Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP)," kata Sabry.
RCEP mula dikuatkuasakan pada tahun 2022 dan menggabungkan 10 anggota ASEAN dan rakan ekonomi utamanya Australia, China, Jepun, New Zealand dan Korea Selatan.
-- Bernama