Sri Lanka kerah 90,000 anggota keselamatan untuk Pilihan Raya Parlimen

Bernama
November 13, 2024 08:30 MYT
Polis Sri Lanka berkawal ketika rapat umum parti National People's Power (NPP) sebagai sebahagian kempen menjelang pilihan raya parlimen, di Homagama, Colombo, 20 Okt 2024. - Gambar fail/REUTERS
COLOMBO: Kira-kira 90,000 anggota polis dan pasukan keselamatan Sri Lanka dikerah mengawal keselamatan semasa Pilihan Raya Parlimen yang dijadualkan pada Khamis, kata jurucakap polis pada Selasa, lapor Xinhua.
Jurucakap polis Nihal Thalduwa, memberitahu media, pasukan keselamatan ini dikerahkan mulai Selasa untuk memastikan pilihan raya dijalankan secara bebas dan adil, dan setakat ini mereka tidak menerima sebarang aduan serius mengenai insiden kekerasan berkaitan pilihan raya.
Thalduwa berkata mereka menurunkan 1.36 juta poster pilihan raya haram menjelang tengah malam Isnin dengan menggunakan 1,500 pekerja.
Kementerian Pendidikan mengumumkan semua sekolah di seluruh Sri Lanka akan ditutup pada Rabu dan Khamis berikutan pilihan raya.
-- BERNAMA
#Sri Lanka #Pilihan Raya Parlimen #polis #keselamatan
;