Sri Lanka beri pengecualian fi visa untuk pelancong dari 6 negara termasuk Malaysia
Bernama
Oktober 24, 2023 18:04 MYT
Oktober 24, 2023 18:04 MYT
MOSCOW: Kerajaan Sri Lanka meluluskan pengecualian fi visa yang berkuat kuasa serta merta sehingga 31 Mac bagi pelancong dari tujuh negara, lapor Sptunik memetik kenyataan Menteri Luar Ali Sabry pada Selasa.
"Kabinet meluluskan pengecualian itu berkuat kuasa serta-merta kepada warganegara India, China, Rusia, Malaysia, Jepun, Indonesia dan Thailand, di bawah projek perintis sehingga 31 Mac," menurut Sabry di platform media sosial X.
Awal bulan ini, Menteri Pelancongan Harin Fernando berkata Sri Lanka merancang memansuhkan visa ke atas pelawat dari China, Rusia, India, Thailand dan Indonesia.
Keputusan itu bertujuan menarik lebih ramai pelancong dari negara berkenaan untuk memenuhi sasaran lima juta pelancong setiap setahun.
-- BERNAMA