'Spiderman' selamatkan kanak-kanak tergantung di balkoni

Astro Awani
Mei 28, 2018 10:35 MYT
Mamoudou Gassama turut diberi gelaran Spiderman kerana berani mempertaruhkan nyawa memanjat bangunan hanya dalam 40 saat untuk selamatkan kanak-kanak itu. Twitter Anne_Hidalgo
Tindakan pantas seorang lelaki telah berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang tergantung dari tingkat lima sebuah bangunan pangsapuri di Paris.
Mamoudou Gassama turut diberi gelaran ‘Spiderman’ kerana berani mempertaruhkan nyawa memanjat bangunan hanya dalam 40 saat untuk menyelamatkan kanak-kanak itu.

This man did not hesitate a second, risked his life and saved the kid! #truehero #spiderman #paris pic.twitter.com/u1fvid3i1j

— Fred (@FredBC77) May 27, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berdasarkan laporan media tempatan, beberapa rakaman video kejadian pada petang Sabtu itu kini tular di media sosial dengan jumlah tontonan mencecah 5 juta.
Sementara itu, Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo dalam kenyataan di Twitter telah menghubungi dan memberi penghargaan kepada Mamoudou Gassama.
Difahamkan juga, Mamoudou Gassama tiba di Perancis dari Mali beberapa bulan lalu untuk memulakan kehidupan baru di Paris.
Hidalgo berkata tindakan Mamoudou Gassama perlu dicontohi dan beliau bersedia membantunya untuk menetap di Perancis.
#Anne Hidalgo #balkoni #Datuk Bandar Paris #gantung #Kanak-kanak #Mamoudou Gassama #Media #media sosial #panjat #Paris #penyelamat #Perancis #Spiderman
;