Speaker Parlimen Arab gesa penglibatan negara Arab bagi selesaikan krisis Sudan

Bernama
Jun 11, 2023 11:17 MYT
AL-ASOOMI: Bangsa Arab perlu bersatu untuk mencari penyelesaian Sudan-Arab yang dapat mengelakkan pertumpahan darah, melindungi integriti negara dan memelihara tentera nasionalnya. - Gambar fail
ANKARA: Speaker Parlimen Arab, Adel Al-Asoomi, menggesa penglibatan yang lebih membina dalam kalangan negara-negara Arab bagi menyelesaikan krisis di Sudan.
"Kita tidak boleh membenarkan campur tangan serantau dan antarabangsa berhubung krisis di Sudan," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Al-Asoomi pada sesi pembukaan Parlimen Arab di Kaherah.
"Bangsa Arab perlu bersatu untuk mencari penyelesaian Sudan-Arab yang dapat mengelakkan pertumpahan darah, melindungi integriti negara dan memelihara tentera nasionalnya," katanya.
Al-Asoomi juga menghargai usaha-usaha politik dan bantuan kemanusiaan dari negara Arab untuk Sudan.
Pertempuran antara tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) telah berlanjutan sejak April, dan menyebabkan beratus-beratus orang terbunuh.
-- BERNAMA
#Sudan #negara arab #Speaker Parlimen Arab #Adel Al-Asoomi
;