Speaker Dewan AS Pelosi berlepas dari Jepun, lengkapkan siri lawatannya ke Asia
Bernama
Ogos 6, 2022 15:00 MYT
Ogos 6, 2022 15:00 MYT
TOKYO: Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat Nancy Pelosi meninggalkan Jepun, sekali gus melengkapkan siri lawatannya ke negara-negara Asia, lapor Sputnik, memetik akhbar Nikkei pada Sabtu.
Pesawat yang membawa delegasinya berlepas dari Tokyo selepas pertemuan Pelosi dengan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dan Speaker Dewan Rakyat Hiroyuki Hosoda.
Semasa pertemuan itu, kedua-dua pihak menekankan pentingnya untuk meningkatkan pakatan AS-Jepun serta kerjasama yang bertujuan membina wilayah Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka.
Sebelum tiba di Jepun, Pelosi melawat Singapura, Malaysia, Taiwan dan Korea Selatan. Lawatannya ke Taiwan mencetuskan kemarahan China yang melancarkan latihan ketenteraan berskala besar di perairan berhampiran pulau itu.
--BERNAMA