SpaceX lancar misi satelit Starlink ke-18
Astro Awani
Januari 31, 2021 06:22 MYT
Januari 31, 2021 06:22 MYT
SYARIKAT aeroangkasa Amerika Syarikat, SpaceX melancarkan misi satelit rangkaiannya yang ke-18 dikenali sebagai Starlink pada Ahad.
Pengasas dan Ketua Eksekutifnya, Elon Musk bercadang untuk melancarkan beribu-ribu satelit jenis panel flat kompak ini dalam usaha menambah baik perkhidmatan internet global.
Berat setiap kapal angkasa dianggarkan hanya 260 kilogram.
Starlink pada awalnya diletakkan pada orbit relatif yang rendah iaitu sejauh 290 kilometer dan ia mudah dilihat dari bumi pada waktu malam.
Bagaimanapun, sejak beberapa bulan lalu, satelit itu diletakkan lebih jauh iaitu sehingga 550 kilometer di orbit.
SpaceX dijangka memulakan perkhidmatannya tahun ini di Utara Amerika Syarikat dan Kanada, seterusnya di lokasi dengan kepadatan penduduk tinggi selepas 24 pelancaran.