SpaceX lancar 22 satelit Starlink ke orbit

Bernama
Julai 24, 2023 20:40 MYT
Starlink ialah rangkaian satelit yang direka untuk menyediakan akses internet jalur lebar ke seluruh dunia. - Gambar fail/AP
MOSCOW: Roket Falcon 9 milik SpaceX berjaya melancarkan 22 lagi satelit Starlink ke orbit selepas dua pembatalan, umum syarikat angkasa lepas swasta Amerika Syarikat (AS) itu pada Isnin, lapor Sputnik.
"Falcon 9 melancarkan 22 (Starlink) satelit dari SLC-40 (pad pelancaran di hujung utara Cape Canaveral) di Florida," ciap syarikat itu sambil menambah penempatan semua satelit telah disahkan.
Pelancaran itu pada Ahad ditangguhkan dua kali kerana cuaca buruk.
Starlink ialah rangkaian satelit yang direka untuk menyediakan akses internet jalur lebar ke seluruh dunia.
Setakat kini, terdapat 4,200 satelit Starlink di orbit Bumi sejak projek itu diuruskan pemilik Spacex, Elon Musk sejak 2018.
-- BERNAMA
#SpaceX #Starlink #Falcon 9 #syarikat angkasa lepas
;