SpaceX batal percubaan pelancaraan roket pertama

Astro Awani
April 18, 2023 09:00 MYT
Roket SpaceX, Starship dilihat pada pelantar pelancar di Texas, Amerika Syarikat. - Foto REUTERS
TEXAS: Syarikat aeroangkasa SpaceX membatalkan pelancaran roket gergasinya pada Isnin.
Pelancaran roket 'Starship' yang dijadualkan berlepas di Texas, Amerika Syarika (AS) berdekatan Mexico terpaksa ditunda berikutan masalah teknikal di peringkat pertama percubaan.
Menurut laporan, SpaceX akan membuat percubaan lain untuk melepaskan roket tersebut ke angkasa pada Rabu.
Dalam perancangan, SpaceX akan menggunakan Starship untuk menghantar angkasawan dan kargo ke bulan dan pada akhirnya, planet Marikh.
SpaceX telah mengalami beberapa masalah sepanjang proses pembinaan dan ujian Starship.
Dalam beberapa bulan yang lalu, beberapa percubaan pelancaran telah dibatalkan kerana kegagalan teknikal.
Walau bagaimanapun, ini adalah kali pertama SpaceX terpaksa membatalkan percubaan pelancaran Starship kerana masalah pada pendorong peringkat pertama.
Pengasas SpaceX, Elon Musk bercita-cita untuk membawa manusia ke planet Marikh menjelang tahun 2026 dan percaya bahawa Starship akan menjadi roket yang akan membawa mereka ke sana.
Starship bakal mencipta sejarah sebagai kapal angkasa komersial yang ingin menghantar sekumpulan manusia ke angkasa.
#Space X #Elon Musk #masalah teknikal #roket
;