Sorok 14 ular hidup dalam poket seluar

Sinar Harian
Ogos 9, 2023 01:15 MYT
Salah seekor ular yang ditemui di dalam poket individu tersebut. - Foto Agensi/Sinar Harian
BEIJING: Cubaan seorang lelaki di China untuk menyeludup 14 ekor ular hidup selepas rancangannya berjaya dihidu pihak berkuasa.
Individu itu ditahan di Pelabuhan Futian yang merupakan laluan sempadan antara Beijing dan Hong Kong di Shenzhen.
Ejen di Pihak Berkuasa Kastam Huanggang mendakwa lelaki bertopi putih itu kelihatan agak gugup dan mengelak untuk bertentang mata dengan mereka ketika berada di pusat pemeriksaan.
Mereka kemudiannya memeriksa tubuh individu itu dan menemui kesemua ular tersebut dimasukkan di dalam stoking dan disorok di dalam poket seluarnya.
Reptilia itu ditempatkan di dalam sebuah bekas plastik sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa berkenaan.
Difahamkan, tiga daripadanya adalah spesies ular sawa bola yang disenaraikan sebagai hampir terancam oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Senarai Merah Pemuliharaan Alam Semula Jadi.
Di bawah undang-undang negara itu, kesemua haiwan yang dibawa keluar atau masuk ke Beijing perlu dikuarantin dan diperiksa. - Agensi/ Sinar Harian
#sorok 14 ular hidup #sorok dalam poket seluar #Pelabuhan Futian #China