Somalia isytihar darurat akibat serangan belalang juta

Agensi
Februari 7, 2021 08:51 MYT
Belalang juta, atau nama saintifiknya Schistocerca gregaria, biasanya hidup di padang pasir antara Afrika Barat dan India. - REUTERS
SOMALIA mengumumkan pengisytiharan darurat Rabu lalu susulan ancaman belalang juta yang merosakkan banyak tanaman.
Malah, keadaan sama yang terus berlaku di Arab Saudi meningkatkan risiko lebih banyak serangan belalang juta di kawasan pedalaman.
Somalia ketika ini amat memerlukan bantuan hak asasi manusia apatah lagi ketika berdepan ancaman belalang juta, termasuk banjir dan pandemik COVID-19.
Organisasi Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mengeluarkan amaran bahawa pesawat yang dijadualkan dalam operasi untuk menghentikan serangan belalang juta ini akan dibatalkan di Kenya dan Somalia.
Ini kerana dana yang diraih sebanyak AS$38 juta, tidak mencukupi.
Pengisytiharan darurat di Somalia akan berkuat kuasa di daerah selatan negara itu.
Untuk rekod, saintis dilaporkan menyalahkan pemanasan global sebagai punca kepada peningkatan serangga perosak ini.
BACA: Belalang juta serang Arab dan Afrika, tanaman penduduk musnah
BACA: Selepas Arab Saudi, belalang juta dijangka 'serang' Afrika Timur pula
Belalang juta, atau nama saintifiknya Schistocerca gregaria, biasanya hidup di padang pasir antara Afrika Barat dan India.
Ia biasanya membiak selepas musim hujan, kerana ia memerlukan tanah lembap untuk bertelur.
Antara negara yang paling teruk terjejas ialah Afrika Timur dan Yaman, serta negara-negara Teluk seperti Iran, selain Pakistan dan India.
Penyemburan racun serangga dari udara dan tanah, yang digabungkan dengan pengesanan berterusan dianggap sebagai strategi kawalan yang paling berkesan.
#AS #PBB #pandemik #COVID-19 #Arab Saudi #Kenya #serangan #belalang juta #Somalia
;