Solat dengan kapasiti penuh di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bermula Ahad

Bernama
Oktober 16, 2021 09:57 MYT
Pekerja dan pengunjung dua masjid suci tetap diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang berada di dalamnya selain wajib berdaftar menerusi aplikasi Eatmarna atau Tawakkalna. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Solat berjemaah dengan kapasiti penuh dibenarkan di Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah bermula Ahad (17 Okt).
Demikian antara enam perkara berkaitan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 terbaharu yang diumumkan kerajaan Arab Saudi pada Jumaat.
Menerusi infografik yang dimuat naik di laman Twitter rasminya, Kementerian Dalam Negeri (MOI) Arab Saudi memaklumkan kerajaan tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup separuh muka di tempat terbuka, kecuali di beberapa tempat tertentu dan tertutup termasuk di kedua-dua masjid suci berkenaan.
"Pekerja dan pengunjung dua masjid suci tetap diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang berada di dalamnya selain wajib berdaftar menerusi aplikasi Eatmarna atau Tawakkalna", katanya.

#VIDEO: Another sign of recovery from #COVID19 as social distancing stickers removed from the Grand Mosque in #Makkah pic.twitter.com/a1bcEhyKtI

— Saudi Gazette (@Saudi_Gazette) October 16, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kementerian juga memberi kebenaran kepada sistem pengangkutan awam, restoran, panggung wayang, dewan acara dan sebagainya untuk beroperasi pada kapasiti penuh tanpa tertakluk kepada arahan penjarakan fizikal.
Bagaimanapun, hanya penerima dua dos vaksin yang dibenarkan memasuki kesemua premis berkenaan.
Kebenaran ini juga diberikan kepada golongan yang dikecualikan daripada mengambil vaksin atas faktor kesihatan dengan mereka diwajibkan memakai pelitup separuh muka.

Restrictions removed, Path towards Normality ensures pic.twitter.com/mNXAuCbNtj

— Haramain Sharifain (@hsharifain) October 16, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut kementerian itu lagi penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup separuh muka masih diwajibkan di tempat-tempat yang tidak dapat disahkan tahap kesihatan pengunjungnya menerusi aplikasi Tawakkalna.
Pemilik premis awam dan swasta pula wajib mengesahkan tahap vaksinasi pengunjung melalui aplikasi Tawakkalna sebelum mereka dibenarkan memasuki premis masing-masing.

NOW: All capacity Restrictions have been lifted and requirement for Social Distancing in the Haramain Sharifain has been abolished pic.twitter.com/nSZqYub3qW

— Haramain Sharifain (@hsharifain) October 16, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
-- BERNAMA
#Arab Saudi #Masjidil Haram #Masjid Nabawi #kelonggaran sop
;