Solar Impulse 2 mendarat di Ohio, pecah rekod dunia

Agensi
Mei 22, 2016 03:25 MYT
Pesawat Solar Impulse 2 meneruskan pengembaraan untuk memecah rekod dunia untuk mengelilingi dunia tanpa menggunakan minyak
Pesawat 'Solar Impulse 2' mendarat di Dayton, Ohio dalam pengembaraan terbaru dalam misi untuk memecah rekod dunia untuk mengelilingi dunia dengan menggunakan tenaga suria selepas berlepas dari Tulsa, Oklahoma pada awal Sabtu.
Pesawat yang menggunakan kuasa solar sepenuhnya dipandu ahli perniagaan Switzerland Andre Borschberg tiba pada 9.56 malam (Sabtu, 0156 GMT) di Lapangan Terbang Antarabangsa Dayton, Ohio selepas terbang selama 16 jam dan 34 minit dalam misi menjimatkan tenaga.
Walaupun ia bergerak perlahan, pesawat yang mempunyai satu tempat duduk dan sayap yang sama panjang dengan sayap Boeing 747 telah mengelilingi dunia mengikut peringkat sejak 9 Mac 2015.

I will be landing in #Dayton in 30 minutes. Looking forward to seeing the #solarimpulse team again after 17 hours pic.twitter.com/9q7IWss3cf

— André Borschberg (@andreborschberg) May 22, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

This flight is iconic for me: it's been 89 years Lindbergh crossed the Atlantic & I land in the #WrightBrothers city pic.twitter.com/4StL0mP3gF

— André Borschberg (@andreborschberg) May 22, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Amazing to have landed in #Dayton after being in the sky for 17 hours! I'm eager to discover this new city pic.twitter.com/BMnbWs8k1e

— André Borschberg (@andreborschberg) May 22, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada 9 Mac lalu, pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Chongging di China selepas penerbangan selama 20 jam dari Myanmar oleh juruterbang Switzerland, Bertrand Piccard.
Borschberg dan Piccard bergilir-gilir mengemudikan pesawat itu.
Pesawat yang mempunyai ribuan sel solar sebagai satu-satunya sumber tenaga untuk penerbangan tiba satu jam lebih awal daripada jadual.
#Pesawat Solar Impulse 2