Skandal daging: Perancis kuatkuasakan pensijilan
Agensi
Februari 19, 2013 08:53 MYT
Februari 19, 2013 08:53 MYT
Skandal daging terus hangat diperdebatkan di Parlimen Eropah.
Perancis antara yang bersetuju untuk menguatkuasakan pensijilan kesihatan terhadap penjualan daging.
Kementerian Pertanian Perancis juga menegaskan langkah berkenaan penting untuk memulihkan semula keyakinan pengguna untuk membeli daging.
Perancis juga mengesahkan 28 firma dari 13 negara blok Eropah terlibat dalam skandal berkenaan.
Sekaligus ia menjejaskan rantaian bekalan industri makanan di seluruh 27 negara anggota Kesatuan Eropah.
Di dalam perdebatan berkenaan, jerman menyangkal hujah perancis dengan menyifatkan skandal ini tiada kena mengena dengan sijil kesihatan.
Di sebaliknya, ia hanya melibatkan pelabelan makanan yang dijual.