Sistem pilihan raya Hong Kong diperbaiki dengan arahan Beijing
Astro Awani
Mac 11, 2021 07:58 MYT
Mac 11, 2021 07:58 MYT
HONG Kong akan melaksanakan reformasi ke atas sistem pilihan rayanya.
Reformasi ini dijangka akan mengubah kaedah pemilihan bagi wakil rakyat, dengan campur tangan dari Beijing.
Perubahan ini termasuk memperkenalkan semula jawatankuasa untuk menilai calon Majlis Perundangan Hong Kong dan memilih pemimpin Hong Kong.
"Dari segi undang-undang atau secara praktikalnya, di Hong Kong, tidak banyak yang kami boleh lakukan untuk menukar sistem itu.
"Namun saya berpendapat, apa yang kita boleh buat ialah untuk terus menyuarakan apa yang kita fikir betul dan tidak betul.
"Dan perubahan ini sama sekali tidak betul, kerana ia menuju ke arah mengurangkan wakil dari kalangan rakyat. Ini bukanlah sesuatu yang kita harapkan.
"Dari segi itu, ia satu langkah ke belakang, bukannya ke hadapan," kata Pengerusi Parti Demokratik Hong Kong, Lo Kin-hei, di Hong Kong pada Khamis.
Reformasi sistem pilihan raya ini dianggap antara strategi menyekat kebangkitan kumpulan pro demokrasi.
Sebilangan pemimpin Parti Demokratik Hong Kong kini berdepan pendakwaan atas pelbagai kesalahan mencabuli undang-undang keselamatan.
#pemilihan
#pilihan raya
#calon
#rakyat
#Hong Kong
#keselamatan
#Beijing
#undang-undang
#Lo Kin-hei
#reformasi
#sistem pilihan raya
#kaedah pemilihan
#wakil rakyat
#China
#campur tangan
#jawatankuasa
#Parti Demokratik Hong Kong
#pro demokrasi
#pendakwaan