Sisa bangunan kondominium runtuh di Miami diletupkan

Astro Awani
Julai 5, 2021 11:27 MYT
Sisa bangunan kondominium Champlain Towers South yang runtuh pada Jumaat dirobohkan secara terkawal pada Ahad malam.
MIAMI: Sisa bangunan kondominium Champlain Towers South yang runtuh pada Jumaat dirobohkan secara terkawal pada Ahad malam.
Ia bagi membuka jalan buat pasukan penyelamat meneruskan pencarian mangsa yang mungkin terselamat.
Jadual perobohan baki bangunan yang strukturnya sudah tidak stabil itu diumum hanya beberapa jam oleh Datuk Bandar Miami-Dade, Daniella Levine Cava sebelum kerja meranapkannya dilaksanakan.
Cava sebelum ini berkata perobohan baki struktur bangunan yang tinggal itu perlu dilakukan supaya kerja mencari dan menyelamat dapat diteruskan di lokasi tersebut.
Pada kira-kira pukul 10.30 malam pada Ahad, bahan letupan yang dipasang pada struktur bangunan itu diletupkan lalu meranapkan baki bangunan kondominium tersebut.
Lebih 24 mangsa disahkan meninggal dunia akibat runtuhan bangunan Champlain Towers South pada 24 Jun di Surfside, Florida.
Seramai 121 mangsa masih hilang.
#Champlain Towers South #kondominium runtuh #Daniella Levine Cava #pasukan penyelamat #perobohan #bangunan ranap
;