Siri gempa baharu di Lombok: Lima maut
Sinar Harian
Ogos 20, 2018 10:39 MYT
Ogos 20, 2018 10:39 MYT
Sekurang-kurangnya lima terkorban dalam kejadian siri gempa terbaharu menggegar Pulau Lombok, pada Ahad.
Pusat Pemerhati Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gegaran pertama berkekuatan 6.3 magnitud yang mencetuskan tanah runtuh disusuli gempa kedua berukuran 6.9 skala Richter berlaku 12 jam kemudian disertai lima gegaran susulan.
Sementara itu, jurucakap agensi bencana tempatan, Agung Pramuja berkata, mangsa yang maut termasuk tiga di Pulau Sumbawa.
"Beberapa orang dilaporkan cedera. Kami masih mengumpulkan data untuk mengetahui jumlah sebenar," katanya, hari ini.
Di Sumbawa, pihak berkuasa telah memindahkan beberapa pesakit dari sebuah hospital kerana bimbang kemusnahan lebih teruk.
Kebanyakan kawasan di Lombok turut terputus bekalan elektrik dan rakaman video menunjukkan kebakaran besar di sebuah perkampungan di Sumbawa akibat kejadian gempa tersebut. - Agensi
#Agung Pramuja
#bekalan elektrik
#gempa bumi
#Hospital
#Indonesia
#kebakaran
#Lombok
#maut
#Sumbawa
#USGS