Singapura zahirkan kebimbangan terhadap pergolakan di Asia Barat

Bernama
April 14, 2024 04:15 MYT
MFA menasihatkan rakyat Singapura untuk menangguhkan semua perjalanan ke Iran berikutan keadaan keselamatan terkini. - Foto fail/AP
SINGAPURA: Singapura masih lagi bimbang dengan pergolakan di Asia Barat serta keadaan berbahaya berterusan berikutan serangan di Gaza yang boleh mencetuskan konflik serantau yang lebih besar ekoran serangan udara Iran ke atas Israel.
Jurucakap Kementerian Luar (MFA) berkata peningkatan serangan ini menjadikan ketegangan itu bertambah buruk dan menyahstabilkan lagi rantau yang sememang tegang itu dan menyeru semua pihak supaya menahan diri ke tahap maksimum dan mengelakkan daripada mengambil sebarang sebarang tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan.
Jurucakap itu dalam satu kenyataan pada Ahad berkata tumpuan seharusnya kepada usaha mewujudkan gencatan senjata, pembebasan segera tanpa syarat tawanan, dan penyampaian bantuan kemanusian yang segera, selamat dan lancar kepada penduduk terjejas di Gaza.
Terdahulu MFA menasihatkan rakyat Singapura untuk menangguhkan semua perjalanan ke Iran berikutan keadaan keselamatan terkini.
-- BERNAMA
#Singapura #mfa #Asia Barat #Iran #Israel
;