Singapura tarik semula sekatan ke atas pengembara dari Afrika

Astro Awani
Disember 27, 2021 09:32 MYT
Sebelum ini, pengembara dengan sejarah perjalanan ke negara Afrika tidak dibenarkan memasuki dan transit di Singapura. - Gambar hiasan
SINGAPURA menarik semula sekatan perjalanan ke atas pengembara dari 10 negara Afrika daripada memasuki dan transit di negara itu.
Kementerian Kesihatan Singapura memaklumkan, penarikan tersebut berkuat kuasa hari ini (Isnin).
Pengembara yang tiba di Singapura dengan sejarah perjalanan di negara terlibat dalam tempoh 14 hari akan diletakkan dalam kategori empat.
Mereka perlu menjalani Ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dua hari sebelum berlepas ke Singapura dan pada hari ketibaan.
Pengembara juga perlu menjalani pemantauan 10 hari di fasiliti ditetapkan.
Sebelum ini, pengembara dengan sejarah perjalanan ke negara Afrika tidak dibenarkan memasuki dan transit di Singapura.
Ini susulan penularan varian Omicron di benua berkenaan.
Langkah itu diambil sebagai sebahagian pendekatan mengawal penularan.
COVID-19 | Singapura benar kemasukan pengembara dari Afrika
#Singapura #sekatan perjalanan #pengembara dari Afrika
;