Singapura tambah tempoh sah pasport kepada 10 tahun mulai 1 Okt 2021
Bernama
Mei 7, 2021 04:11 MYT
Mei 7, 2021 04:11 MYT
SINGAPURA: Singapura akan tambah tempoh sah pasport kepada 10 tahun berbanding lima tahun sebelum ini untuk warganegara berusia 16 tahun bagi permohonan pada atau selepas 1 Oktober 2021.
Menurut Pengarah Pusat Perkhidmatan Rakyat Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA), Timbalan Pesuruhjaya Chui Wai Cheng, langkah itu berikutan teknologi pasport biometrik sudah stabil sejak Singapura pertama kali memperkenalkannya pada 2006.
"Pengumuman itu membolehkan pelancong merancang untuk memperbaharui pasport mereka lebih awal," kata Chui di laman web ICA.
Bayaran permohonan dikekalkan pada S$70.
Bagaimanapun, tempoh sah pasport untuk kanak-kanak di bawah 16 tahun kekal lima tahun.
ICA berkata kini semakin banyak negara melanjutkan tempoh sah pasport kepada 10 tahun termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Perancis, Jerman, Belanda, New Zealand, China, Jepun, Korea Selatan dan Australia .
-- BERNAMA
#Singapura
#pasport
#tempoh sah
#ICA
#pelancong
#16 tahun
#Chui Wai Cheng
#teknologi
#pasport biometrik
#Kanak-kanak