Singapura tahan wanita cuba sertai Daish

Agensi
Jun 12, 2017 00:02 MYT
Syaikhah Izzah Zahrah Al Ansari, 22 tahun, disyaki cuba menyertai Daish dan mahu berkahwin dengan anggota militan itu di Syria.
Seorang pekerja pusat penjagaan kanak-kanak menjadi wanita Singapura pertama ditahan kerana disyaki terlibat dengan militan Daish.
Syaikhah Izzah Zahrah Al Ansari, 22 tahun, disyaki cuba menyertai Daish dan mahu berkahwin dengan anggota militan itu di Syria.
Dia dan anaknya, kini ditahan di bawah undang-undang ketat, yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan selama dua tahun.
Syaikhah dipercayai terbabit dengan kegiatan radikal sejak 2013 menerusi propaganda Daish di internet dan pernah berkongsi maklumat mengenai kegiatan militan itu di media sosial.
#daish #Singapura #Syaikhah Izzah Zahrah #Tahan #wanita Singapura
;