Singapura serah bantuan kemanusiaan baharu ke Gaza

Bernama
Julai 22, 2024 14:08 MYT
Singapura menyerahkan kira-kira 300 tan sardin dalam tin dan 1,000 tan beras kepada Gaza menerusi satu majlis pada Isnin, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri. - Foto ihsan High Commission of Malaysia, Singapore
SINGAPURA: Singapura menyerahkan kira-kira 300 tan sardin dalam tin dan 1,000 tan beras kepada Gaza menerusi satu majlis pada Isnin, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri.
Singapura akan bekerjasama dengan Emiriah Arab Bersatu dan Cyprus bagi menghantar bekalan itu ke Gaza, lapor Xinhua.
Sementara itu, Singapura turut mengulangi gesaan terhadap gencatan senjata segera serta pembebasan semua tawanan tanpa syarat, serta-merta dan selamat.
"Kami juga menyeru semua pihak membenarkan pemberian bantuan kemanusiaan yang mendesak, selamat dan tanpa halangan kepada orang awam yang terjejas di Gaza," menurut Kementerian Luar Negeri.
Singapura telah menyumbang bekalan bernilai lebih 17 juta dolar Singapura (AS$12.6 juta) kepada Gaza.
-- BERNAMA
#Singapura #bantuan kemanusiaan #Gaza #Emiriah Arab Bersatu