Singapura sekat akses aplikasi tidak sah di kotak TV Android
Agensi
November 24, 2018 08:18 MYT
November 24, 2018 08:18 MYT
Mahkamah Tinggi mengarahkan penyedia perkhidmatan internet Singapura untuk menyekat akses aplikasi haram popular yang sering dijual dengan kotak TV Android.
Dalam keputusan mahkamah yang dibuat pada 2 November lalu, kotak TV Android tersebut turut diklasifikasikan sebagai peranti penstriman haram (ISD).
Aplikasi itu, yang melanggar hak cipta dengan bertindak sebagai pintu masuk kepada laman web penstriman kandungan cetak rompak, dimuatkan bersama kotak TV itu.
Menurut Pertubuhan Industri Video Asia (AVIA), penularan peranti haram memberi kesan kepada pihak yang terlibat dalam pengeluaran dan pengedaran kandungan yang sah.
"Perbuatan mengkonfigurasi kotak TV dengan aplikasi untuk mengalirkan kandungan audio-visual dari penghantar penstriman haram membolehkan pengguna mengakses saluran TV premium, saluran sukan secara langsung, serta filem, secara tanpa izin, hanya dengan membuat sekali pembayaran untuk kotak TV dan (selalunya) satu langganan tahunan.
"Keuntungan dari aktiviti ini hanya akan memenuhi poket sindiket dan penjenayah yang terlibat," katanya.
Mengulas keputusan mahkamah itu, Ketua Pegawai Eksekutif AVIA Louis Boswell berkata, ia sangat dialu-alukan dan tepat pada masanya.
“Dari dulu lagi kami sentiasa mengekalkan bahawa peranti pengauditan haram adalah menyalahi undang-undang di Singapura.
"Ekosistem ISD memberi kesan kepada semua perniagaan yang terlibat dalam pengeluaran dan pengedaran kandungan yang sah,” kata Boswell.
Sementara itu, Neil Gane, Pengurus Besar Gabungan Menentang Cetak Rompak AVIA berkata, Singapura telah dianggap sebagai kubu Harta Intelek di rantau ini.
"Keputusan mahkamah untuk menyekat akses kepada aplikasi haram popular yang dimuatkan ke ISD dan dijual di Singapura mengukuhkan lagi pendapat ini," katanya.
#aplikasi
#AVIA
#Cetak rompak
#Internet
#ISD
#jenayah
#kotak TV Android
#Louis Boswell
#penstriman
#peranti pengauditan haram
#Pertubuhan Industri Video Asia
#Singapura