Singapura, Paris, Hong Kong paling mahal di dunia
Agensi
Mac 19, 2019 13:02 MYT
Mac 19, 2019 13:02 MYT
HAMPIR lima tahun menjadi bandar paling mahal di dunia, pada tahun ini Singapura berkongsi kedudukan dengan kota Paris dan Hong Kong.
Paris dan Hong Kong buat pertama kali disenaraikan di kedudukan teratas paling mahal di dunia untuk didiami.
Sejak tahun 2003 lagi Paris hanya berada di tangga 10 teratas paling mahal di dunia manakala Hong Kong berada di tangga keempat pada tahun lepas.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Economist Intelligence Unit (EIU) terhadap 133 bandar pada setiap tahun mendapati, 10 tempat teratas didominasi oleh bandar raya dari Asia dan Eropah.
Seterusnya Osaka di Jepun meningkat enam tangga serta saling mengikut rapat kota Geneva dan berkongsi kedudukan di tangga ke lima teratas.
Kajian itu juga mendapati, hanya kota New York dan Los Angeles menjadi satu-satunya bandar yang mewakili Amerika Utara di 10 kedudukan teratas.
Manakala Istanbul menjadi bandar raya termurah dengan penurunan 48 anak tangga ke kedudukan 120 sementara Moscow berada di kedudukan ke-102 berikutan masalah inflasi dan kemerosotan kadar pertukaran mata wang asing.