Singapura manfaatkan ruang kosong menjadi pertanian bandar

Agensi
Jun 30, 2017 15:09 MYT
Darren Ho mengambil gambar berlatar belakangkan salah satu projek syarikatnya - Foto REUTERS/Thomas White
Ruang kosong di Singapura bertukar menjadi ruang pertanian bandar dalam usaha negara itu mengurangkan kebergantungannya terhadap makanan import.
Negara-negara di Asia Tenggara yang lebih kaya mengimport 90 peratus makanannya dari negara jiran, dan perkara itu membuka kemungkinan risiko gangguan rangkaian bekalan.
Sebuah syarikat yang berteraskan falsafah ‘tanam makanan anda sendiri’, Edible Garden City, telah merancang dan membina lebih daripada 50 taman sayuran di negara itu bagi dibekalkan kepada restoran, hotel, sekolah dan kediaman.
Salah satu projeknya ialah Citizen Farm, sebuah plot seluas 8,000 meter persegi yang merupakan bekas penjara, kini ditukarkan menjadi ladang bandar.
Citizen Farm menghasilkan sehingga 100 kilogram (kg) sayur-sayuran, 20kg herba dan 10-15kg cendawan – yang cukup untuk memberi makan kepada 500 orang sehari.
Menurut Ketua Inisiatif Citizen Farm, Darren Ho, walaupun jumlah itu kecil berbanding dengan permintaan makanan di republik itu, iaitu sebanyak 5.5 juta orang, ia tetap merupakan jumlah yang baik buat permulaan.
"Tiada sistem yang akan menggantikan kaedah import. Kami di sini adalah bagi menjadikan Singapura lebih berdaya tahan dari segi bekalan makanan,” kata Ho.
Tambahnya, sama ada bekalan cukup atau tidak bergantung kepada komuniti itu sendiri dalam menentukan adakah ia mencukupi atau tidak.
Agensi-agensi kerajaan sedang mempertimbangkan konsep syarikat yang mengusahakan pertanian bandar ke bahagian-bahagian lain di dalam bandar, termasuk ruang sekitar perumahan awam yang bertingkat tinggi.
#Citizen Farm #Darren Ho #Edible Garden City #pertanian bandar #Singapura
;