Singapura keluarkan nasihat perjalanan ke Israel, Palestin
Bernama
Oktober 9, 2023 13:30 MYT
Oktober 9, 2023 13:30 MYT
SINGAPURA: Singapura telah mengeluarkan nasihat perjalanan menasihatkan rakyat Singapura supaya mengelak semua perjalanan ke Semenanjung Gaza, Tebing Barat dan sempadan Israel dengan Semenanjung Gaza, Lubnan dan Syria.
Rakyat Singapura juga dinasihatkan untuk mengelakkan semua perjalanan yang tidak penting ke Israel memandangkan konflik yang sedang berlaku," menurut Kementerian Luar Negara (MFA) republik itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad (8 Okt).
MFA juga menasihatkan rakyat Singapura yang melancong atau menetap di Israel dan Palestin untuk kekal berwaspada, memantau perkembangan tempatan dengan teliti dan mengelakkan kawasan yang diketahui kerap berlaku gangguan awam atau tempat berkumpulnya ramai orang.
"Mereka harus mengambil semua langkah berjaga-jaga yang perlu untuk keselamatan diri termasuk membeli insurans perjalanan dan perubatan yang komprehensif," kata kementerian itu.
-- BERNAMA