Singapura buka pintu sempadan kepada New Zealand, Brunei bermula September
Agensi
Ogos 21, 2020 21:35 MYT
Ogos 21, 2020 21:35 MYT
Singapura akan membuka semula sempadan kepada pengunjung dari New Zealand dan Brunei mulai bulan depan, sebagai langkah pertama republik itu melonggarkan sekatan perjalanan.
Perkara itu diumumkan pada Jumaat setelah beberapa bulan mengenakan penutupan pintu sempadan bagi mengawal wabak COVID-19.
Ketika ini, Singapura hanya membenarkan perjalanan rasmi dan urusan perniagaan ke negara-negara terpilih.
Ia termasuk membenarkan para pelajar melakukan perjalanan untuk pulang ke tempat belajar masing-masing sekiranya pihak universiti tidak menyediakan sistem pembelajaran jarak jauh.
Langkah-langkah itu akan berkuat kuasa pada 1 September, sambil mengenakan pelbagai sekatan, jelas kementerian kesihatan republik itu.
Sebagai rekod, Singapura telah menutup pintu sempadannya bermula Mac dan mengenakan perintah berkurung selama dua bulan susulan penyebaran wabak dalam kalangan pekerja asing.
Bagaimanapun, langkah-langkah penutupan itu ditarik semula pada bulan Jun dengan pihak kerajaan mula membuka semula sektor perniagaan dan pelancongan yang terjejas teruk akibat wabak COVID-19.
#Brunei
#Kementerian Kesihatan
#kerajaan
#koronavirus
#New Zealand
#pekerja asing
#pelajar
#pelancongan
#Singapura