Singapura bandar termahal di dunia

Astro Awani
Mac 4, 2014 11:14 MYT
Singapura menjadi bandar paling mahal untuk dihuni di dunia.
Menurut ranking Unit Pakar Ekonomi (EIU), Singapura mengatasi bandar besar seperti Tokyo dan Osaka selepas nilai dolar meningkat berbanding Yen.
Negara itu juga mejadi negara ketiga termahal di dunia bagi kos utiliti.
Singapura disenaraikan di tempat keenam tahun lepas di belakang Jepun, Sydney, Australia dan Oslo, Norway
#EIU #Singapura #Unit Pakar Ekonomi