Singapura bakal buka pintu kepada pelawat asing, bersedia untuk WEF
Agensi
Disember 15, 2020 23:35 MYT
Disember 15, 2020 23:35 MYT
SINGAPURA: Singapura bakal membuka pintu antarabangsanya kepada pelawat asing menerusi “travel bubble” atau gelembung perjalanan yang terhad kepada individu berprofil tinggi seperti pegawai kerajaan, ahli perniagaan atau individu yang mempunyai nilai terhadap ekonomi negara tersebut.
Singapura mula menutup pintunya sepanjang tahun 2020 bagi mengawal penularan COVID-19 di dalam negara, namun dijangka akan mula dibuka semula bermula Januari depan.
Kelonggaran itu antara usaha untuk mendedahkan Singapura kepada pelawat asing sebelum lawatan mereka ke republik itu sempena persidangan Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang dijangkakan diadakan pada 13 hingga 16 Mei 2021.
WEF yang merupakan acara tahunan sebelum ini diadakan di resort sukan ski di Davos, Switzerland, namun ditukarkan ke Singapura susulan kebimbangan terhadap penularan virus COVID-19.
Dalam pada itu, pelawat dari luar negara akan sentiasa disaring, selain tidak dibenarkan keluar dari 'gelebung' berkenaan dan hanya lima orang dibenarkan berada di dalam fasiliti pada satu-satu masa.
#Singapura
#buka
#Pintu antarabangsa
#Forum Ekonomik Dunia
#travel bubble
#gelembung perjalanan
#WEF
#Davos
#Forum Ekonomi Dunia