Singa betina bunuh penjaga sebelum bersiar-siar dalam zoo dengan pasangan

Astro Awani
Januari 31, 2022 00:42 MYT
Selepas membunuh penjaganya, singa betina itu kemudian melarikan diri bersama pasangannya dan bersiar-siar selama beberapa jam di sekitar kawasan zoo sebelum ditangkap. -Gambar hiasan
TEHRAN: Seorang penjaga zoo maut dibunuh singa betina di bawah jagaannya dalam kejadian di sebuah zoo di pusat bandar Arak, Iran pada Ahad.
Mangsa dilapor diterkam ketika menyuap makan tengah hari kepada haiwan tersebut, lapor AP.
Difahamkan singa betina itu kemudian melarikan diri bersama pasangannya, seekor singa jantan dan bersiar-siar selama beberapa jam di sekitar kawasan zoo sebelum ditangkap.
Menurut agensi berita rasmi IRNA, mangsa yang hanya dikenali dengan nama keluarganya, Esfandani, 40, sedang memasukkan daging melalui tingkap makanan apabila kedua-dua singa itu berjaya membuka sangkar.
Polis dan pengawal menangkap pasangan singa itu beberapa jam kemudian.
Pihak berkuasa sedang menyiasat kes tersebut.
Insiden seperti itu jarang berlaku di Iran, namun langkah keselamatan yang lemah dan perkhidmatan kecemasan yang tidak mencukupi dipercayai antara punca kejadian.
#penjaga zoo maut #singa bunuh penjaga #bersiar-siar dalam zoo #Esfandani