SUAMI kepada salah seorang guru yang terbunuh dalam kejadian tembakan di sekolah Texas, Amerika Syarikat baru-baru ini ini rebah dan meninggal dunia pada Khamis ketika dia sedang bersiap untuk pengebumian isterinya, kata keluarganya.
Joe Garcia, berkahwin dengan kekasih yang dikenali dari sekolah menengahnya, Irma Garcia, dan menjalani kehidupan bersama selama 24 tahun, sebelum wanita itu ditembak mati pada Selasa di Sekolah Rendah Robb di Uvalde.
“Saya pun tak tahu nak rasa macam mana. Saya tidak percaya. Saya tidak mahu mempercayainya bahawa Joe Garcia telah meninggal dunia,” kata John Martinez, anak saudara Irma Garcia seperti dilaporkan NBC News.
Martinez berkata dia diberitahu bahawa Joe Garcia bersiap sambil membawa bunga untuk diletakkan di pusara isterinya.
"Apabila dia pulang ke rumah, hanya tidak lebih daripada tiga minit , dia sempat duduk di atas kerusi bersama keluarga.
“Tiba-tiba dia terjatuh. Mereka cuba lakukan pelbagai cara untuk menyelamatkannya namun tiada yang berhasil. Ambulans datang dan mereka juga tidak dapat menyelamatkannya,” ujarnya.
Martinez berkata, dia mengetahui berita itu daripada adik lelakinya.
Selasa lepas, Irma Garcia dan rakannya yang juga seorang guru, Eva Mireles terbunuh bersama 19 kanak-kanak lain dalam tragedi di sekolah tersebut.
Anak lelaki mendiang, Christian Garcia berkata, seorang rakannya yang berada di tempat kejadian berkata, dia melihat ibunya melindungi pelajar semasa kejadian tembak itu berlaku.
BACA: Insiden tembakan sekolah rendah Texas: Angka kematian meningkat kepada 21
BACA: Pelajar bawa senjata ditahan sehari selepas insiden tembakan di sekolah rendah Texas
Dalam pada itu, doktor menyifatkan kejadian menimpa Joe Garcia sebagai contoh 'sindrom patah hati', dikenali juga sebagai takotsubo cardiomyopathy. Ia biasanya berlaku sebagai tindak balas kepada tekanan melampau seperti kematian mengejut pasangan.
Tidak seperti orang yang mengalami serangan jantung biasa - lazimnya disebabkan arteri tersumbat - orang yang mengalami sindrom patah hati mengeluarkan hormon tekanan yang menghalang jantung mereka daripada beroperasi dengan betul.
"Ia adalah kes klasik sindrom patah hati daripada apa yang telah diterangkan," kata Dr Deepak Bhatt, pakar kardiologi di Brigham and Women's Hospital di Boston ketika mengulas kes tersebut.
Bhatt berkata, adalah mustahil untuk mengetahui dengan pasti sama ada Joe Garcia mengalami serangan jantung standard atau sindrom patah hati tanpa imbasan sinar-x atau bedah siasat.
"Serangan jantung boleh juga dicetuskan daripada tekanan emosi melampau seperti berlaku jika seseorang mendengar, sebagai contoh, bahawa isteri mereka telah meninggal dunia," kata Bhatt.
Agensi
Fri May 27 2022
Joe Garcia meninggal dunia selepas pulang daripada melawat pusara isterinya, Irma Garcia yang mati ditembak di sebuah sekolah di Texas pada Selasa lepas. - Foto Twitter/fuhknjo
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
G7 desak pemain serantau di Asia Barat bertindak cermat dalam krisis
Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) mengulangi kebimbangan mereka terhadap krisis di Asia Barat dan menyeru pemain serantau supaya bertindak dengan bertanggungjawab serta berhemah.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
AS sokong operasi Israel di Lubnan meski risiko meluaskan konflik
Pentadbiran Joe Biden menyatakan bahawa adalah wajar untuk Israel meneruskan serangan darat dan udara terhadap Hezbollah buat masa ini, menurut jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Matthew Miller.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo, pada masa ini terdapat banyak perbincangan, tidak hanya antara syarikat-syarikat di negara serantau malah dunia berhubung perkara itu.
Lawatan negara Anwar ke Pakistan raih potensi perdagangan RM2.65 bilion - Tengku Zafrul
Pakistan turut beri komitmen untuk tingkat import minyak kelapa sawit dari Malaysia dan import produk berasaskan kayu, baja, petrokimia.
Enam maut, sembilan cedera ditembak lelaki bersenjata di Tel Aviv
Polis Israel melabelkan insiden itu sebagai serangan pengganas tetapi setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
Sekurang-kurangnya 4 maut, 30 cedera dalam insiden tembakan di sekolah
Seorang remaja berusia 14 tahun akan didakwa atas tuduhan membunuh dan dibicarakan sebagai orang dewasa.
4 maut ditembak dalam kereta api di Chicago
Menurut laporan polis, kesemua mangsa dipercayai ditembak ketika sedang tidur di tempat duduk mereka.
Lelaki cedera dalam kejadian tembakan di Klang
Seorang lelaki cedera di punggung sebelah kiri dalam kejadian tembakan di sebuah restoran di Lebuh Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi, di Klang pada 2.15 pagi, Jumaat lepas.
Polis sahkan kejadian tembakan di Bandar Sunway
Polis mengesahkan berlaku kejadian tembakan di Bandar Sunway dekat sini, petang tadi.
Suspek samun kedai emas di Plaza Metro Kajang ditembak mati
Suspek kes samun kedai emas di Plaza Metro Kajang, pada 17 Jun lalu ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di susur masuk ke Tol Sungai Balak, Lebuhraya SILK di Kajang, petang Selasa.
Pengawal keselamatan ditahan, terlepas tembakan di Hospital Alor Gajah
Polis menahan seorang pengawal keselamatan sebuah syarikat sekuriti kerana dipercayai cuai sehingga senjata api yang digunakannya terlepas tembakan ketika bertugas di Hospital Alor Gajah.
749 ditahan di Venezuela kerana merusuh
Antara lain, mereka menghadapi tuduhan menghasut, menghalang jalan, jenayah kebencian, menentang penahanan dan melakukan keganasan.
Dua kenderaan UNICEF ditembak di Gaza
Beliau mengesahkan ini insiden kedua yang melibatkan kenderaan UNICEF dalam misi kemanusiaan di Gaza dalam tempoh 12 minggu lalu.
6 terbunuh, 4 cedera dalam tembakan di Croatia
Enam orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam kejadian tembakan di Rumah Orang Tua di Daruvar, timur Croatia, pada Isnin.