Sidang Kemuncak Pemimpin G20 diadakan 21-22 November

Bernama
September 28, 2020 11:47 MYT
G20, platform utama dunia untuk kerjasama ekonomi antarabangsa turut menerajui perjuangan menentang pandemik COVID-19.
RIYADH: Sidang Kemuncak Pemimpin G20 tahun ini akan diadakan secara maya pada 21 hingga 22 November, dipengerusikan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, lapor agensi berita Xinhua.
Memetik kenyataan Arab Saudi selaku Presiden G20, sidang kemuncak kali ini bertemakan "Merealisasikan Peluang Abad ke-21 untuk Semua", antara lain akan memberi tumpuan untuk melindungi kehidupan dan memulihkan pertumbuhan.
G20, platform utama dunia untuk kerjasama ekonomi antarabangsa turut menerajui perjuangan menentang pandemik COVID-19.
Anggota G20 sudah menyumbang lebih US$21 bilion untuk menyokong pengeluaran, pengedaran serta akses kepada diagnostik, terapi dan vaksin, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#G20 #maya #dalam talian #sidang kemuncak #Arab Saudi #ekonomi #koronavirus #pandemik #pertumbuhan
;