Sidang Kemuncak Luar Biasa satukan suara negara Arab-Islam
Shafizan Johari
November 11, 2024 19:55 MYT
November 11, 2024 19:55 MYT
RIYADH: Para pemimpin dunia Arab dan Islam berhimpun di Riyadh, untuk mencari penyelesaian bersama bagi menghentikan keganasan di Gaza dan Lubnan dalam Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab dan Islam di Riyadh, Arab Saudi.
Matlamat utama termasuk menghentikan serangan Israel, melindungi orang awam, dan menyediakan bantuan kepada kawasan yang terjejas.
Sidang kemuncak ini juga diadakan dalam konteks pemilihan semula Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat, yang dilihat sebagai peluang penting bagi negara-negara Arab dan Islam untuk menyatukan pendirian mereka dan mendesak campur tangan antarabangsa bagi menghentikan kegilaan Israel.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak ini dan telah berjanji untuk menyampaikan mandat Malaysia untuk mengecam keganasan Israel semasa sidang kemuncak ini.
Beliau juga dijangka membincangkan cadangan untuk mengusir Israel daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, seperti yang disebut di Dewan Rakyat minggu lalu.
#Riyadh
#Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab dan Islam
#pemimpin dunia Arab dan Islam
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim