Sidang Kemuncak G7: Sumbangan 1 bilion dos vaksin kepada negara miskin tidak mencukupi - PBB
Agensi
Jun 12, 2021 23:38 MYT
Jun 12, 2021 23:38 MYT
CARBIS BAY: Para pemimpin negara G7 komited untuk berkongsi sekurang-kurangnya 1 bilion dos vaksin dengan negara-negara miskin, dengan separuh dos berasal dari Amerika Syarikat dan 100 juta dari United Kingdom.
Untuk itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyambut baik komitmen AS dan UK yang juga anggota negara G7 untuk berkongsi jutaan dos vaksin COVID-19 itu.
Namun jelasnya, usaha tersebut mungkin tidak mencukupi untuk menangani wabak COVID-19 yang semakin merebak ke seluruh dunia ketika ini.
Ujarnya, satu-satunya cara untuk menangani virus COVID-19 adalah dengan memanfaatkan negara yang boleh menghasilkan vaksin untuk membentuk pasukan khas dalam mengatur strategi yang efektif.
“Pelan vaksinasi global ini tentunya harus berurusan dengan soal harta intelek, soal pelesenan, juga dengan rantaian bekalan.
“Bagi memastikan tidak ada gangguan dalam rantaian bekalan. Jangan lupa bahawa untuk setiap vaksin, mungkin terdapat lebih dari 100 komponen, yang dihasilkan di serata dunia.
“Oleh itu, kita benar-benar memerlukan mereka yang memiliki keupayaan untuk bersatu dan mengatur langkah yang berkesan terhadap COVID-19.
“Satu-satunya cara yang berkesan untuk bertindak balas terhadap wabak ini adalah dengan memastikan semua orang akan diberi vaksin lebih cepat,” ujar Guterres dalam Sidang Kemuncak G7 yang berlangsung di Cornwall, UK.
Selain perkongsian bekalan dan akses kepada vaksin COVID-19, isu pemulihan ekonomi dan perubahan iklim merupakan antara agenda utama dalam pertemuan itu tiga hari itu.
United Kingdom (UK), yang menjadi tuan rumah kepada perhimpunan kuasa besar itu.