Sidang Kemuncak G-20: Biden kecewa kurang komitmen isu pemanasan global
Astro Awani
November 1, 2021 09:03 MYT
November 1, 2021 09:03 MYT
PEMIMPIN negara Kumpulan 20 (G-20) setuju meneruskan usaha untuk menghadkan pemanasan global dengan tindakan berkesan dan bermakna.
Namun, tiada komitmen besar dipersetujui di peringkat sidang kemuncak kali ini, seperti yang diharapkan.
Itali selaku negara penganjur, sebelum ini berharap sidang G20 akan menetapkan penanda aras lebih tegas bagi sidang kemuncak perubahan iklim COP26 di Glasgow.
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Boris Johnson menyifatkan komitmen tanpa sebarang tindakan sebagai sia sia.
Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengakui beberapa siri pertemuan menghasilkan komitmen positif.
Namun, ketiadaan Rusia dan China, pengeluar gas hijau terbesar dunia, sesuatu yang mengecewakan.
"Kekecewaan ini adalah berkaitan hakikat Rusia dan China tidak menyatakan sebarang komitmen dari segi langkah menangani perubahan iklim.
"Ada sebab mengapa penduduk dunia harus rasa kecewa, seperti kekecewaan yang saya rasakan.
"Namun, apa yang berjaya kami lakukan ialah, kami telah luluskan beberapa perkara untuk menamatkan subsidi arang batu. Kami memberikan komitmen untuk dibawa ke G26," kata Biden.
G-20 dianggotai 90 negara dan Kesatuan Eropah, bertanggungjawab untuk 80 peratus pengeluaran gas hijau dunia.
Kenyataan akhir yang dikeluarkan pemimpin blok berkenaan juga tidak menyatakan sebarang komitmen untuk mencapai sifar pengeluaran gas hijau menjelang 2050.
Kadar sifar merujuk kepada pengurangan gas rumah hijau sebanyak yang mungkin.