Sidang Kemuncak antara Biden, Putin di Geneva selesai dalam masa beberapa jam

Agensi
Jun 16, 2021 00:34 MYT
Menurut jurucakap Rumah Putih, pertemuan rasmi itu berakhir dengan baik namun tidak memperincikan apa yang dicapai oleh Biden dan Putin menerusi pertemuan itu. - Foto AP
GENEVA: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan Presiden Rusia Vladimir Putin selesai mengadakan sesi persidangan kemuncak yang paling dinanti-nantikan selama ini.
Pertemuan bersejarah itu dimulakan dengan kedua-dua mereka berjabat tangan di hadapan pintu masuk venue pertemuan di Villa la Grange, Geneva pada Rabu.
Mesyuarat rasmi mereka dibahagikan kepada dua pusingan, yang pertama adalah dengan sesi lebih santai dan hanya diwakili empat orang manakala yang kedua dengan delegasi yang lebih besar.
Menurut jurucakap Rumah Putih, pertemuan rasmi itu berakhir namun tidak memperincikan apa yang dicapai oleh Biden dan Putin menerusi pertemuan itu.
Tempoh perbincangan untuk Biden dan Putin bagi kedua-dua tersebut bagaimanapun dilaporkan berakhir lebih awal daripada jangkaan sesetengah pegawai yang meramalkan ia mungkin memakan masa selama empat hingga lima jam.
Pertemuan empat mata ini menjadi satu detik bersejarah apabila ia merupakan pertemuan pertama sejak Biden dipilih sebagai presiden.
Kali terakhir Putin mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika adalah pada 2018, sewaktu Donald Trump memerintah negara tersebut.
Dialog antara kedua-dua pemimpin itu dilihat dapat menjadi platform bagi merunding status quo dan menegaskan kepentingan masing-masing.
#Donald Trump #Vladimir Putin #Amerika Syarikat #Joe Biden #Rusia #AS #sidang kemuncak
;