Sidang G7 sokong cukai global minimum 15 peratus - Biden

Astro Awani
Jun 13, 2021 07:34 MYT
Joe Biden bercakap pada sidang media selepas menghadiri Sidang Kemuncak G7 di Lapangan Terbang Cornwall, Newquay, England, 13 Jun, 2021. (Foto AP)
PRESIDEN Amerika Syarikat Joe Biden menyifatkan pemimpin-pemimpin dunia pada Sidang Kemuncak Kumpulan 7 (G7) memberikan kerjasama yang baik dan produktif serta bersatu dalam usaha melaksanakan pemulihan global berikutan wabak COVID-19.
Bercakap di Newquay, Barat Daya England selepas sidang kemuncak itu pada Ahad, Biden berkata, pemimpin G7 juga menyokong cukai global minimum 15 peratus.
Katanya, sidang G7 itu juga mempersetujui pembayaran lebih cukai bagi menyokong pemulihan ekonomi yang lebih adil.
"Kami juga bersetuju untuk mengambil beberapa langkah penting. Kami akan menyokong pemulihan ekonomi global dengan meletakkan asas untuk ekonomi global yang adil.
"Secara kritis, para pemimpin G7 bersetuju cukai minimum global sebanyak 15 peratus.
"Begitu banyak syarikat yang terlibat dalam tempat-tempat percukaian memutuskan bahawa mereka akan membayar lebih sedikit untuk persekitaran dan lain-lain di seluruh dunia.
"Tetapi ini akan memastikan adanya cukai minimum dan saya akan melakukannya di Amerika juga.
"Cukai minimum ialah untuk syarikat membayar keuntungan yang mereka buat di mana saja di dunia.
"Dan perjanjian ini akan membantu mengatasi persaingan di peringkat bawah.
"Dan ia tu berlaku dalam negara-negara yang menarik pelaburan korporat dengan mengorbankan keutamaan seperti melindungi pekerja kita dan melabur dalam infrastruktur," katanya.
Biden dan isteri sebelum itu tiba di Istana Windsor bagi bertemu dengan Ratu Elizabeth II.
Beliau dan isteri menerima perarakan kehormat sebelum memasuki istana ratu untuk minum petang.
Biden terbang ke Windsor dari Cornwall selepas menghadiri Sidang Kemuncak G7.
#Joe Biden #G7 #COVID-19 #ekonomi #England #Amerika Syarikat #cukai #pelaburan
;