Siasatan nahas helikopter ragut nyawa pemimpin pembangkang Zimbabwe bermula
Agensi
Januari 19, 2018 07:41 MYT
Januari 19, 2018 07:41 MYT
Penyiasat Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) memulakan siasatan awal terhadap bangkai helikopter yang terhempas dalam kejadian di New Mexico, Amerika Syarikat yang mengorbankan pemimpin pembangkang Zimbabwe, Roy Bennett.
Helikopter yang terhempas pada Rabu lalu turut mengorbankan isterinya, Heather dan tiga lagi rakan baiknya yang juga merupakan ahli perniagaan ternama.
Ia termasuk tokoh perniagaan terkenal Charles Burnett III.
Roy Bennett dilaporkan sedang bercuti bersama rakan-rakannya itu di sebuah kawasan peranginan di New Mexico.
Cuaca dilaporkan baik dan angin bertiup dengan kadar sederhana ketika nahas itu berlaku.
Bagaimanapun, pihak NTSB sedang melakukan siasatan terperinci bagi mencari petunjuk sebenar punca kejadian.
Bagaimanapun setakat ini belum ada laporan awal siasatan dikeluarkan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat berhubung nahas itu.
#Charles Burnett III
#helikopter
#keselamatan
#Mexico
#Nahas
#pembangkang
#Roy Bennett
#siasatan
#terhempas
#Zimbabwe