Siasatan diteruskan dalam insiden sekolah AS
Astro Awani
Disember 16, 2012 10:28 MYT
Disember 16, 2012 10:28 MYT
Pasukan penyiasat di Newtown, Connecticut meneruskan siasatan kes tembakan rambang di sebuah sekolah yang meragut nyawa 26 mangsa.
Jurucakap polis Paul Vance berkata semua detektif ditugaskan mencari bukti dan maklumat lengkap berhubung insiden itu terutama mengenai penyerang Adam Lanza yang berusia 20 tahun.
Setakat ini pasukan penyiasat menumpukan kepada motif serangan. Lanza dikatakan menembak mati ibunya Nancy Lanza sebelum sebelum memandu kenderaan bersama tiga senjata api milik Nancy.
Pihak polis tidak mengesah atau menafikan pembunuhan Nancy.
Tiba di sekolah itu, dia memasuki dua bilik darjah dan melakukan tembakan rambang sekitar 9.30 pagi sebelum membunuh diri.
Selepas proses pengumpulan maklumat, pasukan penyiasat akan meneliti setiap bukti yang diperoleh bagi menyelesaikan kes berkenaan.