Siar gambar 'separuh bogel' Kate Middleton, enam individu diarah bayar ganti rugi

Agensi
September 5, 2017 22:05 MYT
Closer, sebuah majalah tabloid yang diterbitkan setiap minggu, menerbitkan beberapa keping gambar Middleton tanpa pakaian, ketika bercuti di selatan Perancis pada tahun 2012. - Gambar fail
SEBUAH mahkamah Perancis pada Selasa mendapati enam individu yang dikaitkan dengan majalah tabloid Closer, bersalah mencabuli privasi isteri Putera William, Kate Middleton, apabila menerbitkan beberapa keping gambar 'separuh bogel'nya.
Mahkamah mengarahkan kesemua individu berkenaan, termasuk dua jurugambar, bekas editor majalah Closer dan ketua eksekutif kumpulan penerbitan Itali, untuk membayar ganti rugi.
Closer, sebuah majalah tabloid yang diterbitkan setiap minggu, menerbitkan beberapa keping gambar Middleton tanpa pakaian, ketika bercuti di selatan Perancis pada tahun 2012.
Pasangan diraja itu baru sahaja mengumumkan bakal menimang cahaya mata ketiga, pada Isnin.
#Kate Middleton #mahkamah #majalah #Putera William #tabloid
;