Siapa sangka kura-kura tewaskan arnab dalam pertandingan
Agensi
Januari 14, 2014 20:36 MYT
Januari 14, 2014 20:36 MYT
Seekor kura-kura menewaskan seekor arnab dalam pertandingan ski yang diadakan khusus untuk haiwan peliharaan di China.
Antara haiwan peliharaan yang mengambil bahagian adalah kucing, anjing, ayam jantan dan itik kuning dalam perlumbaan di cerun salji di Wilayah Henan seperti yang dilaporkan China News Service.
40 pemililk haiwan peliharaan telah bersaing sama ada dengan meletakkan haiwan mereka pada ski, kereta luncur salji atau dengan hanya memberikan arahan kepada haiwan berkenaan.
Keputusan yang paling tidak dijangka seperti adalah kemenangan seekor kura-kura apabila berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan menewaskan arnab.
"Arnab itu kalah kerana melompat sesuka hati dan gagal mengikut arahan tuannya, maka dengan mudah kura-kura maju meninggalkannya.
“Kura-kura biasanya akan berhibernasi semasa musim sejuk, namun dengan peralatan ski yang dipasangkan oleh tuannya, kura-kura tersebut berjaya berlumba dengan baik” kata laporan itu lagi.
Semenjak beberapa cerun dibuka sempena musim sejuk, permainan ski telah menjadi popular di China.
China juga turut sama membida menjadi tuan rumah untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.