Siapa pegang kunci Kaabah?

Agensi
Mac 29, 2023 22:00 MYT
Kunci itu disimpan dalam sebuah beg hijau dengan sulaman emas di atasnya tertera petikan yang tertulis: "Allah perintahkan kamu melakukan tugas kamu demi umat."
MESKIPUN Masjidil Haram dan Kaabah kini dalam jagaan kerajaan Arab Saudi namun kunci kepada Kaabah dijaga oleh suku Al-Shaiba.
Sebelum ini, lama dahulu, penjaga asalnya ialah cucu kepada Qusai Bib Kilab Bin Murrah.
Memetik beberapa portal berita Arab Saudi yang melaporkan, selepas penaklukan Mekah, Ali Ibn Talib membawa kunci tersebut ke Kaabah daripada Othman Ibn Talha, penjaga Kaabah namun bukan Muslim.
Sebaik itu berlaku, Allah berfirman agar Nabi Muhammad S.A.W mengembalikan kunci itu kepada pemilik berhak.
“Allah perintahkan kamu pulangkan amanah kepada mereka yang berhak; dan apabila kamu menghakimi dua orang, hakimilah dengan seadilnya.” (Surah An-Nisa 4:58)
Nabi Muhammad kemudian mengarahkan Ali Ibn Talib memulangkan kunci itu kepada Othman Ibn Talha dan meminta maaf kerana kekhilafan itu.
Othman Ibn Talha terkejut, bagaiman penakluk Mekah itu memulangkan kunci itu kepadanya walaupun dia bukan Muslim.
Ali Ibn Talib kemudian memberitahunya, Allah mahu dia simpan kunci Kaabah itu.
Mendengar itu, Othman Ibn Talha terus memeluk Islam dan sehingga kini, Bani Shaiba terus menjadi penjaga kepada kunci Kaabah.
Justeru, mereka bertugas menjaga tempat suci itu, termasuk membuka dan menutup pintu Kaabah, menjaga dan mencuci Kishwah, kain besar yang menutup Kaabah.
Bagaimana agaknya rupa kunci Kaabah?
Kunci itu dibuat daripada nikel, disalut dengan emas 18 karat sementara panjangnya pula 35 sentimeter.
Kunci itu disimpan dalam sebuah beg hijau dengan sulaman emas di atasnya tertera petikan yang tertulis: “Allah perintahkan kamu melakukan tugas kamu demi umat.”
#Arab Saudi #Kaabah #kunci Kaabah #Puasa 2023
;