Siapa Obama takut?

Astro Awani
September 24, 2013 11:25 MYT
Presiden Barack Obama telah menyatakan dengan jelas kepada orang ramai bahawa dia berhenti merokok. Tetapi pada Isnin dia mungkin telah membayangkan sebab sebenar mengapa: dia takut isteri.
CNN melaporkan pengakuan tersebut dirakam oleh kamera di Perhimpunan Agung PBB ketika perbualan antara Obama dan Maina Kiai, Pelapor PBB untuk hak kebebasan berhimpun secara aman.
Obama dilaporkan berkata kepada Kiai ketika mikrofon dalam keadaan mikrofon tidak dipadamkan, "Saya berharap anda telah berhenti merokok."
Kiai kemudian menjawab: "Kadang-kadang."
Obama kemudian berkata "Tidak, tidak, tidak saya tidak" diikuti dengan kata-kata yang didengari kemudian: "Dalam tempoh enam tahun. Ia disebabkan saya takut isteri saya.".
#berhenti merokok #Obama
;