AS siap sedia kerah bala tentera ke Timur Tengah

Agensi
Mei 24, 2019 09:04 MYT
Patrick Shanahan berkata, setakat ini Jabatan Pertahanan AS masih belum menentukan jumlah tentera yang akan dihantar. - Foto REUTERS
Pentagon telah menyerahkan kertas cadangan kepada White House bagi menghantar tentera negara itu ke Timur Tengah sebagai strategi meningkatkan pertahanan susulan ancaman Iran.
Cadangan terbaharu itu dilakukan dalam keadaan ketegangan yang semakin memuncak antara Tehran dan Washington.
Setakat ini, menurut Pemangku Setiausaha Pertahanan AS Patrick Shanahan, Jabatan Pertahanan negara itu masih belum menentukan jumlah tentera yang akan dihantar.
"Saya mahu membuat komen tentang proses. Ia bukan 10,000 dan bukan 5,000... ia tidak tepat. Apa yang saya boleh beritahu bahawa saya mempunyai perbincangan degan Jeneral McKenzie.
"Dan saya akan berjumpa dengan pengerusi dan seterusnya saya ada beberapa siri sesi penerangan. Fokus kita sekarang ialah, adakah kita mempunyai pasukan pertahanan yang betul di Timur Tengah? Ini akan diputuskan nanti," katanya.
BACA: Iran tidak akan menyerah sekalipun dibom AS
Tambah shanahan, bentuk kehadiran tentera AS di Timur Tengah itu nanti masih lagi dibincangkan dengan Ketua Komando Pusat, Kenneth Frankin McKenzie.
White House bagaimanapun dilaporkan belum lagi mengeluarkan kenyataan rasmi sama ada cadangan yang dikemukakan oleh Shanahan itu diluluskan ataupun tidak.
#Amerika Syarikat #Iran #Kenneth Frankin McKenzie #Patrick Shanahan #Pemangku Setiausaha Pertahanan AS #Tehran #Timur Tengah #Washington #White House
;