SIA lancar penerbangan tanpa henti paling lama di dunia!
Astro Awani
April 27, 2018 16:21 MYT
April 27, 2018 16:21 MYT
Berita baik kepada para pengembara!
Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) bakal melancarkan laluan terpanjang di dunia ke atau dari Amerika Syarikat sebelum akhir tahun, sepanjang 18,872 kilometer (km) yang menghubungkan bandar raya Singapura ke New York.
Penerbangan selama 19 jam itu menjadikan SIA sebagai syarikat penerbangan yang menyediakan operasi jarak jauh tanpa henti paling lama di dunia.
Ini merupakan satu penghormatan kepada syarikat penerbangan itu yang pernah memulakan operasi penerbangan laluan Singapura-Newark bermula tahun 2004 sehingga tahun 2013.
Syarikat penerbangan ini juga akan melancarkan laluan operasi penerbangan ke Los Angeles yang bakal memakan masa selama 15 jam pada 2019 seperti yang dilaporkan portal, The Straits Times.
Menggunakan pesawat Airbus 350-900ULR, kedua-dua laluan baharu itu akan dibuka untuk kelas ekonomi dan bisnes.
Memetik portal Straits Times, jurucakap syarikat penerbangan tersebut berkata, syarikat tersebut tidak sabar untuk melancarkan operasi penerbangan jarak jauh sebelum akhir tahun ini.
Pesawat itu memiliki keupayaan sejauh 11,160 batu (18,000 km) itu telah melakukan ujian penerbangan pertama pada Isnin lalu.
#Airbus 350-900ULR
#Amerika Syarikat
#kembara
#Los Angeles
#New York
#NEWARK
#Singapore Airlines SIA
#Straits Times
#syarikat penerbangan
#travel