Ibunya, Tara Simich, sering memuat naik gambar anak lelakinya Bostan di akaun laman sosial Instagram miliknya hingga mengelirukan netizen yang menyangkakan pada awal si kecil itu memakai rambut palsu pada pandangan pertama.
Bagaimanapun dakwaan itu disangkal Tara dan memberitahu anak bongsunya itu memiliki rambut semula jadi.
Bayi comel dilahirkan pada 4 Disember, Bostan, berasal dari Perth, Australia dan dikatakan memiliki rambut tebal mengikut rambut bapanya.
Pada bulan-bulan berikutnya, rambut Boston terus tumbuh menebal.
Apabila Boston menjadi tular, rambutnya telah menjadi inspirasi kepada ramai orang di media sosial.
Tara yang menjalankan program kecergasan juga mendedahkan bahawa Boston memiliki rambut yang unik.
“Kebanyakan orang terkejut kerana dia sangat kecil, mereka tidak boleh percaya rambutnya itu kerana bayi berusia empat bulan tidak memiliki rambut selebatnya,” kata Tara.
Kebiasaannya rambut bayi dicukur selepas dilahirkan bagi memastikan rambut baharu yang tumbuh itu lebih lebat dan sihat.
Namun terdapat juga bayi yang masih tidak tumbuh rambut selepas dicukur dan ia mungkin menimbulkan kebimbangan ibu bapa.
Tetapi tidak bagi Bostan kerana rambutnya sangat menakjubkan, hingga ramai bertanya kepadanya apa produk rambut yang dia gunakan pada si comel itu.