Shisha diharam di Singapura berkuat kuasa Jumaat

Bernama
November 28, 2014 08:04 MYT
Pengedar dan penjual diberi masa secukupnya untuk menghabiskan stock mereka.
Singapura mengharamkan pengedaran dan penjualan shisha berkuat kuasa Jumaat, demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Khamis.
Pengharaman tersebut adalah mengikut Peraturan Larangan Produk Tembakau di bawah Seksyen 15 Akta Tembakau (Kawalan Pengiklanan dan Penjualan).
Bagaimanapun, sebagai langkah peralihan, lesen pengimport tembakau dan peruncit yang mengimport dan menjual tembakau shisha akan diberi kebenaran meneruskan import dan jualan tembakau shisha sehingga 31 Julai, 2016.
Kementerian itu berkata ia bagi memberi masa yang secukup untuk mereka menghabiskan stok serta menstrukturkan semula perniagaan, sekali gus meninggalkan perniagaan shisha.
Sesiapa yang melanggar larangan itu, jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksium S$10,000 (RM25,763) atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-dua sekali dan atas kesalahan susulan, denda maksimum adalah $S20,000 (RM51,561) atau penjara maksimum 12 bulan atau kedua-duanya sekali.
#haram #shisha #Singapura
;